"Biasanya orang nakal macam kau dapat isteri pendiam je tahu..."
"Dia takde lelaki slow dapat perempuan slow. Dia kena berlawanan..."
"Aku tak tahu la perempuan mana dapat handle kau ni Apih..."
Itu kata-kata daripada kawan-kawan, keluarga dan orang terdekat yang kenal diri ini dalam dan luar. Dan kata-kata itu mereka usulkan dengan beberapa kisah benar. Kisah perempuan baik berkahwin dengan gengster, kisah lelaki skema bertunang dengan gadis popular.
Dalam rindu dendam hening malam cinta terasa ada.
Menurut sejarah, papa dulu pelajar yang 'suka main-main' dan bertemu jodoh dengan mama yang dikira pelajar terbaik semasa mereka sama-sama belajar di universiti. Nenek aku yang suka makan makanan pedas berkahwin dengan datuk aku yang tak suka cili.
"Sebab dalam hidup ini kita kena saling melengkapi..."
Itu kata-kata akhir setiap kali topik ini dibincangkan. Sesungguhnya bukan kita tentukan jodoh, ajal dan pertemuan. Cuma aku harap bakal isteri aku nanti, yang aku tak tahu siapa boleh bawa aku lari dari lembah kehinaan.
Aku boleh kata aku mahu isteri comel macam Adira atau seksi macam Fasha Sandha. Tapi itu nombor dua. Nombor satu adalah peribadi yang mulia. Kalau bertudung kepalanya biarlah mulut dia terjaga. Tak guna menutup aurat kalau mulut puaka.
Jika benar bagai dikata, lelaki 'jahat' akan dapat isteri baik, aku rela. Bila aku marah, dia boleh tenangkan dan bila dia takut aku sentiasa ada bersama. Dia bimbing aku mendekati agama. Aku pimpin dia hal rumahtangga. Mungkin di situ ada jalan untuk anak aku ke syurga.
ps : Aku tengah fikir apa bakal isteri aku tengah buat sekarang ni tia??

No comments:
Post a Comment