Thursday, 3 May 2012

HK holidayyy


Hari keempat di HK. Lepas solat subuh, kami terus bersiap-siap untuk check out. Hari ni kami akan ke Macau selama 2 hari 1 malam. Mula-mula kami ada masalah dengan luggage. Ye laaa luggage kemain banyak, takkan nak usung bawak pergi Macau then lusa usung lagi patah balik ke HK. Nasib baik, semalam kami dapat jumpa satu hostel di Majestic House, Cameron Road yang benarkan kami simpan luggage kami di hostel tersebut sepanjang kami ke Macau.
Selepas check out, kami ambil MTR dari Jordan ke Tsim Sha Tsui (TST). Dari MTR TST station, keluar di Exit B2 untuk ke Cameron Road. Majestic House ni sebaris dengan KFC. Dalam Majestic House terdapat beberapa buah hostel untuk disewa. Antaranya termasuk lah Ringwood, tempat yang bakal kami menginap setelah pulang dari Macau nanti. Selesai simpan beg, kami terus berjalan ke China Ferry Terminal (CFT) yang terletak kurang 1km dari Tsim Sha Tsui. CFT ni terletak dalam shopping complex. Departure hall nya kat Level 2. So kalau agak-agak macam sesat, boleh tanya kat security/police yang memang banyak kat area shopping complex tu.
Tiket feri ke Macau ni pun kami tak beli online. Walk in aje. Ada banyak syarikat yang beroperasi untuk feri ke Macau antaranya Turbojet, First Ferry dan Cotaijet. Hasil survey, feri yang paling kebabom is Cotaijet. Kalau kat Macau, area Cotai Strip ni ialah kawasan 5-7 stars lah untuk taiko-taiko dan penjudi tegar. Kebanyakkan kasino-kasino baru yang very the vazzz tahap VVVVVVIP adalah di area Cotai Strip. Antaranya The Venetian (kasino terbesar didunia), City of Dreams, Galaxy, Hard Rock Hotel n etc.


Berbalik kepada feri tadi, kami pun decide untuk naik Cotaijet yang akan berlabuh di Taipa. Untuk pengetahuan, kat Macau ada 2 pelabuhan utama. Satu di Taipa dan satu lagi di Macau Peninsula. Tiket kami pada pukul 9am. Perjalanan dari HK ke Macau lebih kurang 1jam 15minit. Yang syoknya, kami beli tiket economy class je tapi dah rezeki kami agaknya tah kenapa orang Cotaijet tu upgrade kan seat kami ke First class!! Haha, merasa laaa fefeling taiko nak berjudi kat kasino.Siap ada mini bar and waiter yang gantengg2 untuk layan kita. My parents lagi untung cos dapat special seat berdua siap table lagi! Dah macam kat rumah. Haha.


Lebih kurang jam 10.20am,kami pun sampai laa di Taipa Ferry Terminal. Que nak beratur kat imigresen tu agak panjang, tapi prosesnya cepat. Tak macam imigresen kat Surabaya dulu, berjanggut tunggu nak cop imigresen. Tapi make sure, dah siap isi arrival card awal-awal dalam feri. Dah setel imigresen, kami pun keluar dari terminal. Kat luar terminal, penuh dengan macam-macam bas.

Chegadas = Arrival dalam Portugese.

Bagi yang nak mengunjungi Macau, satu benda yang special dengan Macau ni ialah setiap kasino dan hotel-hotel 5 stars kat sini akan sediakan free shuttle. Free shuttle ni pulak boleh dinaiki oleh sesiapa je. Tak kesahlaaa samada kita tinggal atau tak kat hotel dia, atau kita berjudi/tak kat kasino depa, still FREE OF CHARGE! Suka takkk? Mestilaa suka. Sebab sepanjang aku kat Macau ni, takde keluar 1 sen pun for transportation. Dok naik free shuttle aje.
TIPS :1. Tak perlu apply visa untuk visit less than 90days ke Macau bagi Malaysian passport holder.
2. Bahasa yang digunakan ialah bahasa cina (taktau laa Mandarin ke hape tapi slang Macau laa cos even some Chinese pun tak faham apa depa ckp. haha), Portugis (sebab diorang jajahan Portugis). English not so widely use here. Kecuali kat casino, airport, hotels, n etc . Even polis diorang tu boleh faham English sikit2 jee.
2. Matawang : Macau Pataca (MOP).
3. Macau Pataca (MOP) hanya boleh digunakan dan ditukar di Macau sahaja. Kalau nak tukar duit Macau boleh tukar samada di Macau atau sebahagian tempat di HK. Bawak balik Msia dah tak boleh tukar ye kat money changer sini. Takde nilai.
4. Selain MOP, Hong Kong Dollar (HKD) diterima di Macau. Cuma akan rugi sikit laa dalam seringgit dua sbb HKD>MOP.
Actually, aku tak tukar pun duit Macau. Guna HKD je. Tapi aku dapat jugak laa duit MOP ni cos bila aku bayar guna HKD, diorang akan pulang balance dalam MOP, not HKD. Orang Macau lagi suka kalau kita bayar guna duit HK sebab diorang untung sikit. Hehe.
Perbelanjaan :
1. Tiket feri HK-Macau (Taipa) by Cotaijet : HKD151 (one way)  x 3person = HKD453
Ok....kita stop dulu kat sini. Sat g sambung pulak pasal check in hotel dan jalan-jalan Macau

No comments:

Post a Comment